- Muhammad Aiman Bin Zulkarnain (4 EE2)
- Muhammad Fitri Bin Hairuddin (4 EE2)
- Muhammad Aminallah Bin Azli (4 EE2)
- Ezra Razlan Bin Azman (4 EE2)
Kami yang diiringi oleh Cikgu Husni (Guru KFL) bertolak dari sekolah pada 3 Jun (Khamis).Penyertaan diambil dari juara dan naib juara KAT Peringkat Zon dan terdapat 10 buah zon seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak yang mengambil bahagian. Penghakiman/persembahan projek dimulakan pada keesokan harinya.Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu `Sesi 1` dan `Sesi 2` mengikut cabutan.Kumpulan `Sesi 1` akan membuat persembahan projek pada hari Jumaat dan kumpulan `Sesi 2` akan membuat persembahan projek pada hari Sabtu.Pasukan Reka Cipta SMVAS termasuk dalam kumpulan `Sesi 2` dimana kami membuat persembahan projek pada hari Sabtu.
Walaubagaimanapun,kami dikehendaki menghias boot kami untuk kunjungan serta lawatan dari orang ramai pada awal pagi hari Jumaat..
Beginilah rupanya boot kami
Pada hari Sabtu,kami dilawati oleh Pengarah BPTV, Tuan Ahmad Tajudin Bin Jab.Beliau melawat ke setiap boot para peserta untuk melihat setiap projek yang para peserta reka cipta dan inovasi.Kami juga sempat bergambar kenangan dengan beliau semasa beliau melawat boot kami.
Setelah selesai lawatan, Tuan Ahmad Tajudin, persembahan projek/penghakiman diteruskan.....
Muhammad Aiman Bin Zulkarnain
Sedang memberi penerangan tentang `Good Iron`
Ezra Razlan Bin Azman
Mengendalikan penggunaan ICT
Muhammad Aminallah Bin Azli dan Muhammad Fitri Bin Hairuddin
Menunjukkan cara menggunakan `Good Iron`
Hakim sedang membuat pemarkahan terakhir
Walaubagaimanapun,kami hanya mendapat top ten dari 20 penyertaan..Walaupun berasa sedikit kecewa kerana pulang dengan tangan kosong,kami tetap berasa bangga kerana kami terpilih di antara 10 projek yang terbaik..Kami juga berharap pengalaman yang membina ini akan membantu kami untuk maju di masa hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada pengetua,pihak pentadbiran sekolah,guru-guru dan semua pihak yang telibat dalam melaksanakan inovasi ini.
.
0 cadangan tukang letrik:
Post a Comment