Tukang Letrik 4ee2

Tukang Letrik 4ee2

Wednesday, June 30, 2010

AKSI PELAJAR KELAS 4EE2 KETIKA KELETIHAN


Berikut adalah beberapa aksi pelajar kelas 4ee2 yang keletihan kerana menjayakan Program Minggu Koperasi dan Kerjaya


Muhammad Aminallah bin Azli sedang nyenyak dibuai mimpi.




Aksi Muhammad Amil Sufian bin Irazal



Aksi tido mcm ne pun ada..............



Tengok aksi yang dah biasa dilakukan oleh pelajar........



Cuba teka siapakah gerangan pelajar ini?








.


Sunday, June 20, 2010

KAT Peringkat Kebangsaan (Reka Cipta)

Pada 04 Jun hingga 06 Jun yang lepas,SMVAS telah menyertai KAT Peringkat Kebangsaan yang diadakan di SMV Batu Pahat,Johor. Tajuk bagi projek ini ialah `Good Iron` . Pasukan Reka Cipta SMVAS yang di wakili oleh:


  • Muhammad Aiman Bin Zulkarnain (4 EE2)
  • Muhammad Fitri Bin Hairuddin (4 EE2)
  • Muhammad Aminallah Bin Azli (4 EE2)
  • Ezra Razlan Bin Azman (4 EE2)

Kami yang diiringi oleh Cikgu Husni (Guru KFL) bertolak dari sekolah pada 3 Jun (Khamis).Penyertaan diambil dari juara dan naib juara KAT Peringkat  Zon dan terdapat 10 buah zon seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak yang mengambil bahagian. Penghakiman/persembahan projek dimulakan pada keesokan harinya.Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu `Sesi 1` dan `Sesi 2` mengikut cabutan.Kumpulan `Sesi 1` akan membuat persembahan projek pada hari Jumaat dan kumpulan `Sesi 2` akan membuat persembahan projek pada hari Sabtu.Pasukan Reka Cipta SMVAS termasuk dalam kumpulan `Sesi 2` dimana kami membuat persembahan projek pada hari Sabtu.

Walaubagaimanapun,kami dikehendaki menghias boot kami untuk kunjungan serta lawatan dari orang ramai pada awal pagi hari Jumaat.. 




Beginilah rupanya boot kami 


Pada hari Sabtu,kami dilawati oleh Pengarah BPTV, Tuan Ahmad Tajudin Bin Jab.Beliau melawat ke setiap boot para peserta untuk melihat setiap projek yang para peserta reka cipta dan inovasi.Kami juga sempat bergambar kenangan dengan beliau semasa beliau melawat boot kami.



Setelah selesai lawatan, Tuan Ahmad Tajudin, persembahan projek/penghakiman diteruskan.....


Muhammad Aiman Bin Zulkarnain
Sedang memberi penerangan tentang `Good Iron`


Ezra Razlan Bin Azman
Mengendalikan penggunaan ICT 


Muhammad Aminallah Bin Azli dan Muhammad Fitri Bin Hairuddin
Menunjukkan cara menggunakan `Good Iron`


Hakim sedang membuat pemarkahan terakhir 


Walaubagaimanapun,kami hanya mendapat top ten dari 20 penyertaan..Walaupun berasa sedikit kecewa kerana pulang dengan tangan kosong,kami tetap berasa bangga kerana kami terpilih di antara 10 projek yang terbaik..Kami juga berharap pengalaman yang membina ini akan membantu kami untuk maju di masa hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada pengetua,pihak pentadbiran sekolah,guru-guru dan semua pihak yang telibat dalam melaksanakan inovasi ini.





.

Friday, June 18, 2010

KAT Zon N.Sembilan dan Melaka (REKA CIPTA)

Assalamualaikum W.B.T.

Pada 08 MEI yang lepas,Pasukan Reka Cipta SMVAS telah menyertai KAT peringkat Zon pertandingan reka cipta yang diadakan di SMT Alor Gajah Melaka.Mereka yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada 4 orang iaitu:

  • Muhammad Aiman Bin Zulkarnain (4 EE2)
  • Muhammad Fitri Bin Hairuddin (4 EE2)
  • Muhammad Aminallah Bin Azli (4 EE2)
  • Ezra Razlan Bin Azman (4 EE2)

Kami yang dibimbing oleh Cikgu Sarmin Bin Mansot dan Cikgu Mahadi Bin Wardior telah berjaya mendapat tempat ke-2 dari 12 buah sekolah yang bertanding.Kami berasa bangga selain dapat mengharumkan nama sekolah,kami juga dapat mewakili Zon N.Sembilan dan Melaka di Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Johor Bahru. Tajuk bagi projek ini ialah `Good Iron`.




Bergambar bersama Cikgu Sarmin sebelum acara penghakiman dimulakan




Para hakim sedang meneliti projek 



Replika yang kami terima


Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Sarmin dan Cikgu Mahadi kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mempersembahkan produk `Good Iron` ini kepada orang ramai.




.

Pelajar Cemerlang Ujian Bulan April

Pada bulan April yang lalu,kami telah menduduki Ujian Bulanan. Pada masa yang sama juga seorang pelajar dari Kelas EE2 telah terpilih sebagai salah seorang Pelajar Cemerlang Ujian April 2010.Pelajar yang di maksudkan ialah Muhammad Aiman Bin. Zulkarnain. Beliau telah di pilih sebagai Pelajar Cemerlang Ujian April bagi subjek Prinsip Elektrik dan Elektronik.Beliau mendapat sebanyak 83 markah dalam ujian ini.Diharapkan semoga Aiman dapat mengekalkan prestasinya supaya barjaya di masa hadapan.






Mohon Maaf

Kami memohon maaf kerana lambat meng`update` blog ini walaupun cuti sekolah selama 2 minggu.Baru sekarang blog ini dapat di kemaskini.



.

Wednesday, June 2, 2010

Jadual Kelas Baru

Assalamualaikum W.B.T.

Pada hari ini,kami telah mendapat jadual kelas yang baru.Jadual ini akan berkuat kuasa pada 21 Jun 2010.Kami dapati sekolah akan berakhir pada jam 3.15 p.m. setiap hari.Waktu kokurikulum juga telah di tukar.Kokurikulum akan di jalankan pada sebelah pagi pada jam 7.30 a.m. hingga 8.50 a.m.Di sini kami sertakan jadual kelas kami yang baru. :))



Jadual Kelas 4EE2 Yang Baru

Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah menjalankan satu usaha untuk menggalakkan para pelajar untuk menghadiri kelas kokurikulum dan untuk mengelakkan para pelajar ponteng atau tidak menghadiri kokurikulum.



.

Sunday, May 30, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun













Pada 20.05.2010 (Khamis) dan berakhir pada 27.05.2010 (Khamis),sekolah kami -SMVAS- telah menjalankan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahun 2010.
Kami telah menduduki peperiksaan ini dengan penuh semangat dan penuh tumpuan untuk mendapatkan markah yang baik.Di sini kami muatkan beberapa gambar bagi tatapan anda semua.Semoga anda terhibur. :)



Cikgu Mahadi sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar sebelum peperiksaan bermula



Zulfadhli,Amir dan Ezra sedang mengkaji semula hukum kirchhoff.



*Shh!!cikgu tangkap gambar kita lah.haha.



Amin:Korang tengok wrestling tak semalam?
Wan:Aku tido  awal la semalam.
Hakim:Weh.diam lah.Cikgu tangkap gambar kita tu.


Kami telah mencuba sedaya upaya kami untuk berjaya dalam peperiksaan ini.Kami harap kami mendapat keputusan yang cemerlang.


,

PENGENALAN KELAS 4EE2


Assalamualaikum W.B.T..


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi `singgah` ke Laman Rasmi 4EE2.Kami dari Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Seremban (SMVAS).Kami tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar SMVAS untuk menulis blog kelas masing-masing yang dibimbing oleh Pn. Nur Aida Bt. Mohammad.

Kami dari Kelas 4EE2 mengambil jurusan Prinsip Elektrik dan Elektronik @ Aplikasi Elektrik dan Elektronik.Kelas kami mempunyai pelajar seramai 30 orang (28 lelaki dan 2 perempuan).Kami mempunyai dua orang guru kelas iaitu En.Mahadi B. Wardior selaku guru bengkel dan En. Razali B. Talib memangku tugas sebagai guru Bahasa Melayu.

Pada tahun 2009 jurusan Prinsip Elektrik dan Elektronik @ Aplikasi Elektrik dan Elektronik telah mendapat tempat pertama dalam keputusan SPM seluruh Malaysia.Kami berharap kami dapat mengekalkan rekod ini pada SPM 2011.Kami juga berharap abang-abang dan kakak-kakak kami di tingkatan 5, 2010 berjaya dalam SPM, seterusnya dapat mengekalkan rekod ini supaya jurusan ini kekal di tempat pertama pada tahun ini.



Carta kedudukan sekolah bagi mata pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik





Carta kedudukan sekolah bagi mata pelajaran Aplikasi Elektrik dan Elektronik


Gambar menunjukkan carta kedudukan sekolah bagi mata pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik @ Aplikasi Elektrik dan Elektronik dimana kursus ini mendapat tempat pertama pada tahun 2009.


Ini adalah Carta Organisasi Bengkel Elektrik dan Elektronik bagi SMVAS


Disini juga kami sertakan beberapa gambar untuk anda melihat sendiri suasana dan keadaan  kelas kami. :))



Tanda Kelas 4EE2 di hadapan pintu masuk kelas.


Lokasi kelas kami juga amat strategik kerana kami boleh melihatkan ,surau,bengkel ABM dan padang dengan jelas.



Pandangan dari hadapan kelas yang menampakkan surau dan bengkel ABM.



Pandangan dari dalam kelas yang memperlihatkan kawasan padang sekolah.


Sempena program 5s dan 3k yang dijalankan oleh pihak sekolah,kami sedaya upaya telah menceriakan dan mencantikkan kelas kami dan kawasan sekolah serta kami berharap kelas kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan keceriaan kelas yang dijalankan pihak sekolah.




Carta Organisasi kelas




Jadual Waktu kelas



Jadual Bertugas pelajar




Papan Kenyataan dilengkapi dengan Carta Organisasi Kelas,Jadual Waktu Belajar dan Jadual Bertugas Pelajar




Papan Kenyataan yang penuh dengan informasi dan berita-berita terkini dan aktiviti yang di jalankan oleh pihak sekolah






Papan Kenyataan di belakang dilengkapi dengan info matapelajaran yang di ambil serta peringatan tarikh lahir pelajar.



Kami dari 4EE 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang sabar dalam mendidik kami selama ini.Tidak lupa juga kepada anda semua yang sudi meluangkan masa di blog kami ini. :)) 
TERIMA KASIH...




 .

Wednesday, May 26, 2010

Welcome aboard .

First post indicating the blog is successfully work . We are the 4ee2 class of Sekolah Menengah Vokasional Ampangan Seremban . The blog is then basically the update from our class activity and achievement .

In order to making the ICT world benefit us as anyone else and also using the good of ICT , we proudly present the blog of our own .

Kindly follow us to getting the latest news of 4ee2 . And as this is a 'formal' page , please mind your language in the comment box . Chill ~


.